Artikel @ EasyKereta

Bateri Kereta Cepat Rosak, Apa Punca Dan Penyelesaian?

Tarikh Artikel Ditulis: 21 April 2026

Ramai pemilik kereta hanya sedar yang bateri kereta dah rosak bila kereta tiba-tiba tak boleh hidup. Bateri kereta yang dah kong ni memang menyusahkan urusan harian kita. Waktu tengah rushing nak pergi kerja, waktu tu lah bateri kereta nak rosak. Kan dah menyusahkan, dan ada kemungkinan dimarahi oleh boss pula.

Saya nak ceritakan kepada anda apa sebenarnya punca punca bateri kereta jadi cepat rosak, dan apa yang kita boleh buat untuk mengelakkannya dari berlaku.

Kereta Jarang Digunakan, Hanya Parking Sahaja

Ada orang yang fikir bahawa kalau kereta jarang digunakan, itu akan menjimatkan bateri dan sekaligus menjaga bateri daripada cepat rosak. Teori ini salah ya, tuan tuan dan puan puan. Bila kereta ditinggalkan lama tanpa digunakan, bateri yang ada dalam kereta tu tak dicas oleh alternator.

Okay, saya explain sedikit : Bila kereta kita dihidupkan dan bergerak, alternator yang berada di bahagian enjin akan mengecas semula bateri kereta. Jadi, bateri kereta dapat dicas semula.

Jadi, bila bateri dalam kereta yang lama ditinggalkan ni tak dicas semula, kuasa dia semakin lama semakin menurun. Cas nya akan berkurang sedikit demi sedikit. Bagaimana? Sistem elektronik di dalam kereta sememangnya menggunakan sedikit power dari bateri ini, walaupun kereta tak hidup.

Apa contohnya? Sistem alarm kereta atau, sistem immobilizer.

Cuaca Malaysia Yang Sangat Panas

Negara kita Malaysia ni memang panas. Dan kita tahu, musuh utama bateri adalah haba panas. Haba panas ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi kecepatan untuk degradation sesebuah bateri itu.

Suhu panas ini bertindak balas secara kimia dalam bateri kereta kita. Sama juga contohnya dengan bateri dalam handphone. Kalau kita selalu main game dengan kerap, handphone akan selalu jadi panas dan bateri handphone tu pastinya akan lebih cepat rosak.

Jadi atas faktor cuaca negara kita yang panas ini, bateri kereta di Malaysia ni rata – rata hanya boleh bertahan dalam 2 tahun sahaja penggunaaannya. Melainkan kereta anda selalu disimpan di tempat yang lebih sejuk dan lebih redup pada siang hari, bateri kereta anda mungkin boleh bertahan lebih lama sedikit dari 2 tahun

Lupa Matikan Lampu Kereta Atau Lampu Dalam Kabin

Ini adalah perkara yang sering berlaku apabila kita terlalu nak cepat. Kadang kala kita lupa matikan lampu kereta, atau lampu dalam kabin. Walaupun lampu dalam kabin ni malap sahaja, dan nampak macam tak akan guna terlalu banyak power dari bateri, anda silap!

Kecuaian macam ni akan membuatkan bateri anda kong hanya dalam masa 2-3 jam sahaja. Keesokannya pasti anda dah tak boleh nak start kereta, kerana bateri kereta sudahpun habis dimakan oleh lampu dalam kabin yang anda terlupa nak tutup tu.

Jadi, kurangkan kecuaian kecil seperti ini. Pastikan semua lampu dimatikan sebelum anda tinggalkan kereta anda untuk parking, okay!

Ada Masalah Pada Alternator

Alternator ini adalah salah satu komponen di dalam kereta anda, yang sangat penting. Tugas alternator ni adalah mengecas bateri, semasa kereta hidup dan berjalan.

Bateri kereta anda tu sebenarnya bukannya boleh bertahan lama sangat, jika ia tidak dicas. Jadi, takkan lah anda nak kena buka bateri setiap hari, cas di rumah, dan keesokannnya nak kena pasang semula kan? Sebab itu lah wujudnya alternator ni untuk bantu mengecas bateri tanpa perlu anda cas secara manual.

Tapi jika sistem alternator ni rosak, sudah tentulah bateri kereta tak boleh dicas. Ini menyebabkan bateri kereta tu mudah rosak dan prestasinya merosot, walaupun anda baru je tukar bateri yang baru.

Terlalu Banyak Aksesori Tambahan Yang Guna Power Dari Bateri

Kalau anda banyak tambah aksesori tambahan yang menggunakan elektrik pada kereta anda, itu mungkin adalah salah satu punca mengapa bateri kereta anda cepat rosak. Aksesori yang dimaksudkan adalah seperti sistem audio yang aftermarket, yang menggunakan bateri dengan kuat, ataupun lampu tambahan yang voltage nya tinggi, ataupun dashcam tambahan.

Aksesori aksesori tambahan ini menambahkan beban yang tinggi terhadap bateri kereta anda. Bateri terpaksa bekerja lebih keras dari biasa, menjadikan punca bateri kereta lebih cepat rosak. Jadi, tak perlu lah tambah aksesori yang berlebihan pada kereta anda ya. Relaks relaks sudah lah kan!

Kalau anda nak tukar bateri dan tak tahu nak pergi bengkel mana? Cari je di EasyKereta. Kami senaraikan bengkel kereta di seluruh Malaysia tau!