Artikel @ EasyKereta

Absorber Kereta Anda Rosak, Jangan Tunggu Sampai Bahaya

Tarikh Artikel Ditulis: 19 April 2026

Kalau sebut pasal absorber, ramai orang sebenarnya ambil ringan. Selagi kereta masih boleh bergerak dari point A ke point B, kira okay lah tu rasanya. “Bunyi sikit-sikit tu, biasalah” kata mereka. Tapi hakikatnya, absorber ni bukan sekadar bagi keselesaan sahaja. Dia main peranan yang besar untuk kawalan dan keselamatan kereta kita.

Dan masalahnya bila absorber rosak, dia jarang bagi petanda yang obvious macam enjin rosak. Dia bagi hint perlahan-lahanje. Kemudian sampai satu tahap, baru kita sedar “eh macam tak sedap drive ni”.

Apa Sebenarnya Fungsi Absorber?

Secara mudah, absorber ni tugas dia adalah untuk serap hentakan bila kereta kita melalui jalan tak rata. Lubang, bonggol (Speed bump), jalan pecah, tak rata, semua tu absorber lah yang handle. Kalau absorber ni tak ada, dah lama kita semua terkena Parkinson!

Gambar 8 jenis absorber yang berbeza beza jenis, bentuk dan juga binaannya.
Pelbagai jenis absorber yang wujud di dunia. Tapi apa yang penting? Absorber yang berfungsi dengan baik!

Tapi apa yang lebih penting daripada keselesaan? Absorber bantu pastikan tayar kereta supaya sentiasa melekat pada jalan. Kalau absorber dah lemah, tayar tak “grip” dengan baik. Bila jadi macam tu, braking distance jadi lebih panjang, handling pun jadi kurang stabil. Apa maksudnya? Kalau anda brek sekarang, lagi 10 saat baru kereta anda boleh berhenti.

Andai kata absorber kereta anda dalam keadaan tiptop, mungkin anda boleh berhenti dalam masa yang lebih singkat, contohnya 5 saat. Kalau bercerita tentang risiko, banyak beza tau 5 saat tu!

Tanda-Tanda Absorber Dah Rosak

Ini antara simptom yang paling biasa, tapi selalunya kita ignore je:

1. Kereta Terhuyung-Hayang Bila Drive

Kalau rasa macam kereta macam terapung atau terhuyung-hayang, lagi lagi bila anda memandu di selekoh, itu tanda absorber dah tak bagus lah tu.

2. Melantun Lebih Dari Biasa

Lepas lalu bonggol, kereta macam melantun dua tiga kali sebelum stabil. Kalau absorber dalam keadaan baik dan tip top, kereta akan melantun sekali je dah settle. Kalau lebih dari sekali, kita yang memandu pun akan rasa pening kepala!

3. Brek Rasa Kurang Makan

Ini bukan topik keselesaan tau, yang ini adalah topik keselamatan. Absorber yang dah kong akan buatkan tayar kurang mencengkam jalan. Jadi bila anda tekan brek, kereta ambil masa lebih lama untuk berhenti.

4. Bunyi ‘duk duk’ atau ‘ketuk’ (Orang putih kata Knocking)

Kalau dengar bunyi pelik bila lalu jalan tak rata, kemungkinan besar itu datang dari absorber atau komponen suspension lain.

5. Tayar Haus Tak Sekata

Kalau satu bahagian tayar cepat botak, itu boleh jadi petanda absorber tak berfungsi dengan baik. Tapi ini mungkin agak subjektif juga, sebab ada banyak faktor yang sebabkan tayar tak sekata. Contohnya sebab alignment dan balancing yang tak diselenggara dengan baik.

Walaubagaimanapun, tetap satu faktor okay!

Bila Sepatutnya Tukar Absorber?

Secara asas, saya boleh kata yang absorber boleh tahan sekitar 80,000 hingga 100,000 km. Tapi ini bergantung pada penggunaan. Kalau selalu lalu jalan berlubang, jalan kampung, atau bawa beban berat, memang absorber akan haus dan rosak dengan lagi cepat. Jadi apa cara yang paling selamat? Setiap kali anda servis kereta, minta mekanik check sekali kondisi absorber. Jangan tunggu sampai rosak baru nak ambil tahu.

Tapi kena hati hati juga, kadang kadang mekanik pun nak menipu. Barang yang masih baik, mekanik kata dah rosak. Ini taktik biasa mekanik scammer, hehe. Jadi anda boleh bawa ke 3-4 bengkel kereta, dan minta mereka untuk check

Absorber ni mungkin bukan komponen yang kita nampak setiap hari, tapi dia salah satu komponen yang paling penting pada kereta kita. Dia yang pastikan perjalanan kita stabil, selesa, dan paling penting, selamat. Jadi kalau dah mula rasa tanda-tanda pelik masa drive, jangan buat tak tahu ya. Admin dah cerita panjang lebar, tolong lah ambil perhatian. Lebih baik check awal daripada tunggu masalah jadi besar. Sebab bila melibatkan keselamatan atas jalan raya, tak ada istilah “nanti dulu”. Kalau ayat yang keras sikit dari admin, “kalau tak libatkan orang lain, takpa jugak. Ni semua orang sekeliling akan terlibat!”.

Selamat menjaga kereta!

Baca juga >> Berapa Lama Tayar Kereta Boleh Tahan? Ramai Pakai Sampai Botak Baru Tukar