Macam yang kita semua dah tahu, dan saya pun pernah ceritakan dalam artikel Bila Kena Tukar Minyak Hitam Kereta Anda, minyak hitam kereta anda perlu ditukar mengikut mileage. Kalau anda pakai minyak hitam jenis Semi-Synthetic, anda dicadangkan untuk tukar bila mileage dah capai 5000 kilometer hingga 7000 kilometer.
Macam saya sendiri, saya suka gunakan minyak hitam jenis Semi-Synthetic ni. Sebabnya bajet saya memang sampai itu sahaja haha. Jadi, saya akan tukarkan minyak hitam kereta saya bila dah sampai anggaran 6,000 kilometer. Kalau terlebih pun, mungkin terlebih 100 atau 200 kilometer sahaja.
Kalau tak ikut mileage pun, anda perlu ikut masa. Contohnya setiap 6 bulan ke, atau 10 bulan ke. Mana mana yang sampai dulu tau. Contohnya kalau dalam 10 bulan tu, kereta saya masih belum capai 6000 kilometer, saya tetap akan tukar minyak hitam juga. Jangan lupa sebabnya, minyak hitam pun ada expiry date nya juga tau.
Tapi kalau setiap hari anda pergi kerja menghadap jalan yang jem, anda dan kereta anda selalu merempuhi trafik yang sesak setiap hari, bermakna anda perlu tukar minyak hitam kereta lebih cepat dari 6000 kilometer ni. Tahu tak kenapa?
Kenapa Kena Tukar Lebih Kerap Kalau Selalu Hadap Jem?
Okay, saya akan ceritakan satu persatu supaya anda boleh faham sebabnya. Kita ambil kira jika:
1. Jarak pergi balik dari rumah ke tempat kerja — 20 kilometer
Bila jalan dan trafik tak jem, anda boleh sampai ke tempat kerja dalam 20 minit sahaja. Dan perjalanan balik pun sama juga, anda boleh sampai rumah dalam 20 minit sahaja. Jadi, total sehari kereta anda berjalan sejauh 40 kilometer dalam 40 minit.
Tapi bila jalan jem, perjalanan pergi kerja sahaja boleh memakan sampai 50 minit. Dan perjalanan balik kerja pun jadi 50 minit juga. Jadi total anda spend masa dalam kereta adalah 100 minit sehari.
Keadaan ini dipanggil keadaan stop-and-go. Iaitu pergerakan kereta anda kerap stop dan juga kerap go.
Dengan jarak yang sama iaitu 40 kilometer, bila trafik jem, kereta anda hidup 60 minit lebih lama tau. Ingat, dengan jarak yang sama iaitu 40 kilometer tadi. Jadi, dalam masa 60 minit tambahan ni, komponen dalam enjin kereta tu tetap berpusing kerana enjin tetap hidup walaupun kereta tak berjalan.
Awalkan Sedikit Je Tukar Minyak Hitam Tu
Jadi, masih relevan kah anda nak tukar minyak hitam ikut macam sebelum ini, iaitu 6000 kilometer? Sedangkan kereta anda hidup lebih lama dari jangkaan biasa, sebab selalu menghadap trafik jem? Mestilah tak relevan kan. Jadi cadangan saya, anda perlu tukar minyak hitam lebih awal sedikit berbanding sebelum ini. Lebih awal sedikit sahaja, langsung tak merugikan anda pun. Anda jangan fikir nak jimat sedikit beberapa kilometer ini, lebih baik anda jimat daripada nak repair kerosakan enjin nanti dalam jangka masa yang panjang.
Kalau nak ikut cadangan admin, saya nak cadangkan tukar minyak hitam setiap 5,000 kilometer untuk anda yang guna minyak hitam jenis Semi-Synthetic. Bermakna kalau guna Fully-Synthetic, anda boleh tukar setiap anggaran 8000 kilometer.
Penjelasan Admin
Saya sebagai admin di EasyKereta ni, saya tak ada kepentingan jika saya tipu anda untuk tukar minyak hitam lebih awal. Saya bukanlah seorang pemilik bengkel kenderaan pun, apatah lagi saya bukannya pemilik jenama minyak hitam yang suka jika jenama minyak hitam saya laku keras. Saya hanyalah seorang penulis blog di EasyKereta ini.
Saya pun bukanlah pakar dalam pembaikan kereta atau penjagaan kereta. Saya cuma suka untuk berkongsi maklumat dan tips penjagaan kereta dengan anda je. Kalau anda kali pertama mendengar tentang Easy Kereta, EasyKereta adalah platform yang menyenaraikan bengkel kereta di seluruh Malaysia yang boleh repair dan servis kereta anda. Pergi ke Google dan cari je ‘EasyKereta’ atau ‘easy kereta’ atau ‘easykereta’, anda pasti jumpa platform kami!
Selamat menggunakan EasyKereta secara percuma ya!