Ramai pengguna kereta yang tak tukar minyak hitam (atau minyak enjin) on-time. Ini sebenarnya sangat lah tak bagus untuk jangka hayat enjin kereta anda ya. Ada yang tunggu sampai enjin dah keluarkan bunyi kasar, ada jugak yang tunggu sampai kereta rasa berat atau semput baru nak ambil tindakan. Hakikatnya, minyak hitam adalah ‘nyawa’ kepada enjin kereta kita. Kalau kita abaikan penjagaannya, enjin boleh rosak secara perlahan tanpa kita sedar. Dan tahap pertama untuk menjaga enjin kereta kita adalah dengan menjaga minyak hitam!
Apa Fungsi Minyak Hitam Dalam Enjin Kereta Anda?
Minyak hitam memastikan enjin kereta anda sentiasa berada dalam keadaan baik. Fungsi paling utama minyak hitam ni adalah untuk melincirkan komponen dalam enjin supaya kurangkan geseran, bila komponen yang ber-gear tu semua berpusing. Sekaligus mengelakkan kehausan untuk bahagian bahagian ni. Dalam masa yang sama, minyak hitam pun berfungsi untuk sejukkan enjin, bersihkan kotoran hasil pembakaran dalam enjin, serta melindungi komponen daripada karat. Nampak, banyak kan fungsi minyak hitam ni sebenarnya? Bila minyak hitam tak dah cantik, kualiti dia dah merosot, semua fungsi ini akan terjejas dan enjin akan bekerja dalam keadaan yang berat. Kesian kat enjin kereta anda.
Jadi, Bila Perlu Tukar Minyak Hitam?
Secara umum, masa untuk tukar minyak hitam boleh ditentukan berdasarkan mileage. Mileage ni pulak berbeza beza mengikut jenis minyak hitam yang kereta anda guna. Ini adalah 3 jenis minyak hitam yang ada di pasaran Malaysia:
- Jenis Mineral
- Jenis Semi-Synthetic
- Jenis Fully-Synthetic
Berdasarkan Mileage
Bagi minyak jenis mineral, kebiasaannya bengkel cadangkan untuk ditukar anggaran bila mileage dah capai 3,000 hingga 5,000 kilometer. Untuk semi synthetic pula, anggaran sekitar 5,000 hingga 7,000 kilometer, manakala fully synthetic boleh tahan sehingga 7,000 hingga 10,000 kilometer. Walau bagaimanapun, ini hanyalah guideline umum.
Pendapat saya, kalau anda betul betul nak jaga enjin kereta anda, jangan lah tunggu sampai hujung hujung mileage baru nak tukar minyak hitam tu. Untuk kereta saya sendiri, saya menggunakan minyak hitam jenis Semi-Synthetic. Dan saya akan tukar minyak hitam apabila mileage dah sampai anggaran 6000 kilometer atau lebih lebih sikit sahaja. Jangan tunggu sampai 7000.
Berdasarkan Masa
Selain itu, faktor masa juga anda boleh ambil kira. Walaupun kereta jarang digunakan, minyak hitam tetap akan rosak juga. Ini bermaksud, walaupun anda tidak memandu sampai 6000 kilometer, minyak hitam masih perlu ditukar sekurang-kurangnya setiap 6 bulan hingga setahun. Ramai yang terlepas pandang perkara ini kerana menyangka minyak hitam hanya haus apabila kereta bergerak jauh.
Pendapat personal saya, kalau kereta masih tak sampai 6000 kilometer, sebaiknya untuk tukar juga minyak hitam kereta anda selepas 9 hingga 10 bulan. Ini kita panggil ‘preventive maintenance’. Kita prevent sebelum masalah datang pada enjin kereta, baru la lebih mudah nak jaga kereta kesayangan kita.
Tanda-Tanda Minyak Hitam Dah Kena Tukar
Selain bergantung kepada jadual mileage dan masa macam yang kita bincangkan tadi, anda juga boleh mengenal pasti keadaan minyak hitam melalui beberapa tanda. Antaranya termasuk bunyi enjin yang lebih kasar daripada biasa. Kalau anda dengar bunyi enjin yang berderum kuat sangat tu, tanda tanda kecil minyak hitam tak berapa cantik lah tu.
Selain itu, tanda tanda lain mungkin seperti kereta guna petrol lebih banyak dari biasa. Macammana ini boleh berlaku? Bila keadaan minyak enjin tak bagus, pergerakan komponen dalam enjin jadi tak efektif. Jadi, dia perlu lebih banyak ‘power’ untuk bagi kereta bergerak, tak sama macam sebelum ini yang guna ‘power’ lebih sedikit sebab enjin lebih smooth.
Dalam sesetengah kes, minyak hitam juga akan jadi terlalu hitam dan pekat bila anda periksa. Jika lampu amaran enjin menyala, itu satu petanda yang anda memang tak boleh abaikan ya. Anda tak perlu tunggu semua tanda ini muncul, satu atau dua tanda pun dah cukup untuk anda dapatkan amaran awal dari enjin yang tak selesa.
Kalau anda nak tukar minyak hitam kereta Perodua anda, boleh klik link ini : https://www.easykereta.com/perodua/
Dalam link ini, kami senaraikan bengkel kereta yang boleh tukar minyak hitam kereta Perodua, di seluruh Malaysia tau!
Apa Yang Buat Minyak Hitam Cepat Rosak?
Minyak hitam boleh rosak lagi cepat daripada jangkaan. Contohnya, kalau anda selalu pandu kereta dalam keadaan jem yang teruk, enjin akan sentiasa berada dalam keadaan stop-and-go yang bagi tekanan tambahan kat enjin. Selain itu, kalau anda selalu bawa kereta dalam perjalanan jarak dekat juga adalah salah satu sebab yang buat minyak enjin cepat rosak. Kenapa? Sebab enjin selalu tak sempat capai suhu optimum, sekaligus akan cepatkan minyak hitam untuk rosak.
Apa Jadi Kalau Lambat Tukar Minyak Hitam?
Kalau anda lambat sangat tukar minyak hitam, komponen dalam enjin akan jadi haus lagi cepat. Ini salah satu punca yang boleh buat kereta jadi overheat. Tabiat lambat tukar minyak hitam ini boleh sebabkan kerosakan besar pada enjin anda. Walaupun anda rasa lambat sedikit tukar minyak hitam tu adalah satu penjimatan, sebenarnya ia akan bawa kepada kerugian lebih besar dalam jangka panjang.